dikendalikan oleh   

BBERITA & AKTIVITI TERKINI OGOS 2016

Jumputan Ke Hari Terbuka Pi Pekan Lenga & Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dun Bukit Serampang

Pada 1 Ogos 2016 yang lalu, petugas Pi telah dijemput ke Hari Terbuka Pi Pekan Lenga dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat DUN Bukit Serampang bertujuan untuk memeriahkan majlis dan mengeratkan silaturrahim.Majlis ini berlangsung di perkarangan Pi Pekan Lenga.

Berikut adalah gambar sepanjang majlis tersebut dijalankan:

Aktiviti KDB : Taklimat & Pertandingan Sketsa KDB

Pada 19 Ogos 2016 yang lalu, pihak Pi Felda Lenga telah mengadakan taklimat dan aktiviti ringkas yang berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (KDB). Taklimat ringkas berkaitan dengan KDB di beri adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengguna tentang penggunaan internet dengan cara yang betul.

Setelah itu, para pengguna diberi tugasan untuk melakukan aktiviti sketsa ringkas yang berkaitan dengan KDB untuk menguji pemahaman mereka berkaitan dengan klik engan bijak. Mereka telah diberikan kepada 5 kumpulan dan tajuk untuk melakukan sketsa KDB tersebut. Dan di akhir aktiviti sketsa ini, mereka telah berjaya melakonkan watak masing-masing dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Hari Terbuka Bersama Komuniti Pi Felda Lenga

Pada 20 Ogos 2016, Pi Felda Lenga telah mengadakan Hari Terbuka Bersama Komuniti dengan kerjasama dari JKKK dan pihak KOSPEN. Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada petugas Pi untuk beramah mesra dan menjalinkan silaturrahim bersama dengan komuniti di sini. Di Hari Terbuka ini juga telah berlangsungnya beberapa aktiviti yang melibatkan komuniti dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.

Antara aktiviti yang telah di jalankan pertandingan gubahan, masakan, pemakaian sampin keratif, solekan abang sado, dart terbuka, pertandingan mewarna kanak-kanak TABIKA, pertandingan permainan online, booth jualan dan KDB serta pemeriksaan kesihatan percuma dari KOSPEN.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Jemputan Majlis Penutup Kursus Asas Pembuatan Telekung Kemas Parlimen Pagoh

Pada 28 Ogos 2016 yang lepas bertempat di Bangunan GPW Felda Lenga, petugas Pi telah dijemput ke Majlis Penutup Kursus Asas Pembuatan Telekung anjuran KEMAS Parlimen Pagoh pada jam 2.30 petang. Majlis ini bagi meraikan dan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta yang telah mengikuti kursus yang telah diadakan selama 2 hari. Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Noriah Bt Mahat, Ketua Wanita UMNO Parlimen Pagoh.

Berikut adalah gambar sepanjang tayangan cerita :